Setelah itu,kami terus memulakan perjalanan terus ke Sabak.Kami mengambil susur jalan Duta,lebuh raya Latar,lebuh raya Guthrie dan mengikut arah jalan ke Kuala Selangor.Kami tiba di Sabak Bernam pada pukul 7.30 malam dan pergi ke warung berdekatan untuk mengalas perut.
Seterusnya,selepas makan,kami terus ke rumah saudara di Kampung Batu Sepintas.Kami melawat mereka kerana mereka telah jatuh sakit.
Keesokan harinya,saya telah membeli ikan sembilang berharga RM28 untuk 2 kilogram serta sarapan.Setelah makan tengahari disana akhirnya kami mengambil keputusan untuk balik.
Semasa perjalanan balik,banyak sawah padi yang tebentang luas di Sekinchan.
Di Kuala Selangor,kami berhenti minum di warung yang menjual cendol bakar.Uniknya, warung ini ialah ianya menyediakan Drive-Thru untuk orang ramai ala-ala kfc dan McD.
Setelah kenyang kami terus ke Melaka untuk tidur sana.Kami mencari hotel di Melaka Raya yang berdekatan dengan Banda Hilir.Pada hari-hari biasa harga bagi bilik yang mempunyai 2 katil besar dan satu katil bujang ialah RM 130.00 manakala bagi hari minggu ialah RM 160.00
Pada malam hari, isteri dan anak perempuan saya telah membeli makan malam di kedai yang berdekatan dengan hotel yang kami tinggal.Walaupun disana harganya mahal akan tetapi makanannya agak muai.
Keesokan harinya,setelah check out,kami meneruskan perjalanan ke Muar untuk menziarahi saudara di sana.Perjalanan dari Melaka ke Kg Parit Zin,Bakri,Muar mengambil masa 1 jam sahaja.
Setelah makan tengahari disana, tepat pukul 3 petang,kami pergi pula ke Ayer Hitam untuk menikmati putu bambu yang terkenal disana. Tiba sahaja di tempat tersebut hujan sudah rintik-rintik.Harga bagi dua bungkus putu bambu ialah RM5.00.
Setelah kenyang akhirnya kami terus pulang ke rumah di Pasir Gudang.Kami selamat sampai sebelum waktu maghrib.
No comments:
Post a Comment