Pages

Saturday, 8 June 2013

MENGHADIRI MESYUARAT KOPERASI WARISAN KAMPUNG SENIBONG BERHAD.9 HB JUNE 2013



Pada pagi ini saya telah mengambil kesempatan untuk hadir ke majlis perasmian mesyuarat agung kali ke 2 Koperasi Warisan kampung Senibong Berhad yang telah di rasmikan oleh YAB Menteri Besar Johor yang baru Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Nordin.Antara aktiviti yang di jalankan oleh koperasi ini adalah penyewaan tempat parking ,tempat perniagaan dan juga kedai makanan laut.Walaupun koperasi ini baru berusia 2 tahun tetapi telah memberi keuntungan kepada ahlinya dengan mencatatkan perniagaan sebanyak RM 300,000.00 dan perolehan keuntungan sebanyak RM 85,000.00 sudah tentu memberi manfaat sert mencapai objektif penubuhan koperasi tersebut.
Apa yang di pelajari dan di amati untuk mencapai matlamat tersebut di antara ciri yang perlu ada adalah amalan tadbir urus yang baik ,tiada konflik dalaman dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab tersebut.

Setelah mendengar ucapan dari YAB Menteri Besar saya dan tetamu yang lain telah di jamu dengan makanan laut yang enak ia itu ikan semilang asam pedas yang memang menjadi kegemaran ,udang goreng ,kupang dan sebagainya.

Walaubagaimana pun sekalung tahniah dan kepujian ke pada Pak Akub yang merupakan teraju serta pengasas kepada kopersi yang telah mewujudkan sebanyak 30 orang peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan seperti pekerja retoran dan petugas parking.

No comments:

Post a Comment