Pada 20 Jun 2013,kami mengikuti rombongan ke Cameron Highland bersama dengan ahli Lembaga Pelawat Hospital Sultan Ismail.
Blog ini ditulis pada 28 November 2012.Menceritakan semua perkara yang terlintas di fikiran dan aktiviti yang dihadiri oleh abah sama ada aktiviti politik,kebun,keagamaan,kemasyarakatan,sukan,ekonomi dan lain-lain.Diharap segala tulisan dan gambar yang dipaparkan adalah bersifat peribadi tidak menyinggung perasaan orang lain.Bolehlah diemailkan ke (mahmuddinmispan@yahoo.com) atau facebook saya (Mahmuddin Mispan)
Monday, 24 June 2013
Saturday, 15 June 2013
MESYUARAT BULANAN AHLI LEMBAGA PELAWAT HOSPITAL SULTAN ISMAIL JOHOR BHARU
Sebagai ahli lembaga pelawat hospital sultan ismail johorbharu kami telah menjalankan tanggungjawab dengan menjalan akitiviti serta mendapatkan dana bagi membantu pesakit dan juga pihak hospital dalam mendapatkan kemudahan yang sempurna pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital ini. Walaubagaimana pun tempoh perlantikan yang tamat pada June 2013 ini saya merasa puas dengan perkhidmatan yang di berikan selama ini.
MAKAN TENGAHARI DI RESTORAN WARISAN KG SENIBONG
Semalam pada 15 hb june 2013 saya bersama isteri dan anak adawiyah telah menjamu selera di restoran warisan kg Senibong yang terletak di tepi laut senibong.Kami telah mencuba masakan asam pedas semilang,kupang black pepper ,ikan merah kari dan sayuran .Selain daripada itu restoran ini juga menyediakan masakan panas seperti tom yam ,sea food dsbnya. Pemerhatian kami restoran ini boleh berkembang maju kerana selain ia di masak mengikut cita rasa melayu asli ,dan di masak dari bahan mentah segar seperti ikan kupang,ketam yang boleh di dapati dengan mudah dari laut yang berhampiran.
Apa yang di harap semuga koperasi menggiatkan usaha di dalam ekonomi hliran seperti ,homestay dan makan ringan(industri kecil dan sderhana ) yang di usahakan oleh penduduk tempatan supaya berkembang maju dan di kenali penduduk daerah johorbharu amnya.
SEHARIAN DI DUSUN KAMPUNG MURNI JAYA LAYANG LAYANG
Pada minggu ini saya telah banyak menghabiskan masa dengan meninjau serta melakukan kerja ringan di kebun Kg Murni Jaya ,Layang-Layang ,Johor .Kebun ini keluasan nya lebih kurang 6.25 ekar telah di beli pada awal tahun 2003 dengan nilai hampir Rm 10000.00 ribu ringgit pada mulanya hanya tinggal tanaman dusun seperti durian,manggis,rambutan dan lain pokok buah-buahan.Ia telah di beli daripada makcik saripah suami kepada pemilik asal allahyarham wak Roslan yang berasal dari gerisik ,muar ,johor di mana ia telah mempunyai bekalan air,elektrik, talian talipon serta jalan berturap ke dusun ini. Di bahagian belakang dusun ini kami telah menanam pokok kelapa sawit serta di bina kandang lembu.
Selain daripada kebun di Kg Murni Jaya kami juga telah membeli beberapa ekar lagi kebun sebagai persediaan di hari masa hadapan seperti di kg Sg Siam seluas 2 ekar ,di Sungai besoi sebanyak hampir 12 ekar .Selain di jadikan berkebun sebagai hobi ia juga telah mendatangkan pulangan yang agak lumayan di mana hampir semua nya telah di tanam dengan tanaman kelapa sawit dan telah di uruskan oleh Arip ya itu pekerja indon dari tulungagung yang telah bekerja hampir 10 tahun .
Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Sempena Pembukaan Sekolah baru ( Sek Keb Taman Bukit Dahlia) pada 14.6.13
Pada pukul 8pagi tadi,saya telah datang ke Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Dahlia kerana terdapat majlis bacaan yassin dan tahlil disana.
Makan malam di Restoran Sri Pantai,Kg Pasir Puteh,Pasir Gudang
Pada malam semalam kami telah makan malam di sebuah restoran di Kg Pasir Puteh.Kami telah memilih Restoran Sri Pantai.Restoran tersebut berada berdekatan dengan laut.Semasa kami makan di sana,terdapat beberapa bot yang melintasi kawasan tempat kami makan.Kami telah memesan makanan untuk dimakan Nasi Goreng Pattaya,Nasi Goreng Seafod,Sup Campur,Mee Goreng Special,Mee Goreng Basah,Udang Goreng Nestum manakala air yang dipesan ialah Teh 'o'ais,Milo ais,Neslo ais dan Cikong panas.
Saturday, 8 June 2013
MENGHADIRI MESYUARAT KOPERASI WARISAN KAMPUNG SENIBONG BERHAD.9 HB JUNE 2013
Pada pagi ini saya telah mengambil kesempatan untuk hadir ke majlis perasmian mesyuarat agung kali ke 2 Koperasi Warisan kampung Senibong Berhad yang telah di rasmikan oleh YAB Menteri Besar Johor yang baru Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Nordin.Antara aktiviti yang di jalankan oleh koperasi ini adalah penyewaan tempat parking ,tempat perniagaan dan juga kedai makanan laut.Walaupun koperasi ini baru berusia 2 tahun tetapi telah memberi keuntungan kepada ahlinya dengan mencatatkan perniagaan sebanyak RM 300,000.00 dan perolehan keuntungan sebanyak RM 85,000.00 sudah tentu memberi manfaat sert mencapai objektif penubuhan koperasi tersebut.
Apa yang di pelajari dan di amati untuk mencapai matlamat tersebut di antara ciri yang perlu ada adalah amalan tadbir urus yang baik ,tiada konflik dalaman dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab tersebut.
Setelah mendengar ucapan dari YAB Menteri Besar saya dan tetamu yang lain telah di jamu dengan makanan laut yang enak ia itu ikan semilang asam pedas yang memang menjadi kegemaran ,udang goreng ,kupang dan sebagainya.
Walaubagaimana pun sekalung tahniah dan kepujian ke pada Pak Akub yang merupakan teraju serta pengasas kepada kopersi yang telah mewujudkan sebanyak 30 orang peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan seperti pekerja retoran dan petugas parking.
Friday, 7 June 2013
Ziarah saudara di Kampung Batu Sepintas di Sabak Bernam,Selangor
Setelah bergerak dari rumah untuk menghadiri majlis perkahwinan di Dewan Bandar Seri Alam,Jalan Gunung kami terus bergerak ke Sabak Bernam pada jam 12 tengahari.
Sepanjang perjalanan,cuaca sangat panas.Perjalanan ke Sabak mengambil masa 8 jam.Kami berhenti solat di Machap dan makan tengahari di sana.
Setelah itu,kami terus memulakan perjalanan terus ke Sabak.Kami mengambil susur jalan Duta,lebuh raya Latar,lebuh raya Guthrie dan mengikut arah jalan ke Kuala Selangor.Kami tiba di Sabak Bernam pada pukul 7.30 malam dan pergi ke warung berdekatan untuk mengalas perut.
Seterusnya,selepas makan,kami terus ke rumah saudara di Kampung Batu Sepintas.Kami melawat mereka kerana mereka telah jatuh sakit.
Keesokan harinya,saya telah membeli ikan sembilang berharga RM28 untuk 2 kilogram serta sarapan.Setelah makan tengahari disana akhirnya kami mengambil keputusan untuk balik.
Setelah itu,kami terus memulakan perjalanan terus ke Sabak.Kami mengambil susur jalan Duta,lebuh raya Latar,lebuh raya Guthrie dan mengikut arah jalan ke Kuala Selangor.Kami tiba di Sabak Bernam pada pukul 7.30 malam dan pergi ke warung berdekatan untuk mengalas perut.
Seterusnya,selepas makan,kami terus ke rumah saudara di Kampung Batu Sepintas.Kami melawat mereka kerana mereka telah jatuh sakit.
Keesokan harinya,saya telah membeli ikan sembilang berharga RM28 untuk 2 kilogram serta sarapan.Setelah makan tengahari disana akhirnya kami mengambil keputusan untuk balik.
Semasa perjalanan balik,banyak sawah padi yang tebentang luas di Sekinchan.
Di Kuala Selangor,kami berhenti minum di warung yang menjual cendol bakar.Uniknya, warung ini ialah ianya menyediakan Drive-Thru untuk orang ramai ala-ala kfc dan McD.
Setelah kenyang kami terus ke Melaka untuk tidur sana.Kami mencari hotel di Melaka Raya yang berdekatan dengan Banda Hilir.Pada hari-hari biasa harga bagi bilik yang mempunyai 2 katil besar dan satu katil bujang ialah RM 130.00 manakala bagi hari minggu ialah RM 160.00
Pada malam hari, isteri dan anak perempuan saya telah membeli makan malam di kedai yang berdekatan dengan hotel yang kami tinggal.Walaupun disana harganya mahal akan tetapi makanannya agak muai.
Keesokan harinya,setelah check out,kami meneruskan perjalanan ke Muar untuk menziarahi saudara di sana.Perjalanan dari Melaka ke Kg Parit Zin,Bakri,Muar mengambil masa 1 jam sahaja.
Setelah makan tengahari disana, tepat pukul 3 petang,kami pergi pula ke Ayer Hitam untuk menikmati putu bambu yang terkenal disana. Tiba sahaja di tempat tersebut hujan sudah rintik-rintik.Harga bagi dua bungkus putu bambu ialah RM5.00.
Setelah kenyang akhirnya kami terus pulang ke rumah di Pasir Gudang.Kami selamat sampai sebelum waktu maghrib.
Subscribe to:
Posts (Atom)