Keesokan harinya,pada jam 10 pagi selepas check out dari hotel kami terus menuju ke jeti Pulau Penyengat .Tidak berapa lama kemudian,kami menaiki bot setelah membayar RM 45.00 untuk 7 orang yang menaikinya.
Setelah 15 minit berada didalam bot akhirnya kami sampai ke pelabuhan Pulau Penyengat.Jalan disana dikhaskan untuk motoikal sahaja.
Kami terus pergi ke Masjid Raya Sultan Riau yang berdekatan dengan pelabuhan Pulau Penyengat.Uniknya masjid ini ialah ianya diperbuat daripada putih telur pada zaman dahulu.Semasa disana,terdapat ramai orang yang berada didalam masjid tersebut.
Setelah menunaikan solat dhuha dua rakaat di majid itu,kami terus menaiki beca yang telah disediakan disana untuk menziarahi makam-makam yang terdapat di pulau ini.Bayaran untuk dua buah beca ialah RM15.00.
Pertama sekali,kami pergi menziarahi makam Raja Hamidah,Raja Ali Haji,Raja Ahmad,Raja Abdullah Yang Dipertuan Muda Riau Lingga IX,Raja Aishah serta kaum kerabatnya.
Seterusnya kami pergi pula ke makam Raja Ali dan Raja Jaafar dengan menaiki beca yang sama.
Harga makan tengah hari disana bagi keluarga saya ialah RM96.00 Setelah itu kami terus menaiki bot pulang semula ke Tanjung Pinang untuk menaiki feri terus ke Punggur,Batam.Semasa pulang,laut bergelora kerana cuaca hendak hujan.Tetapi,kami cepat sampai dengan selamat di pelabuhan Tanjung Pinang sebelum hujan.
No comments:
Post a Comment