Pages

Thursday, 30 May 2013

Kembara Jalanan keluarga ke Kepulauan Kesultanan Melayu-Riau-Lingga-Tanjung Pinang

Hari pertama perjalanan ke Tanjung Pinang..(Sabtu-25.5.13)

 Pada pukul 8 pagi,kami sekeluarga telah tiba di Terminal Feri Stulang Laut dengan menaiki kereta yang dipandu oleh abang saini.Feri kami akan berlepas pada jam 9:30 pagi.Harga tiket untuk dewasa ialah RM 101.00 manakala bagi kanak-kanak ialah RM 69.00.Keseluruhan harga tiket bagi keluarga saya ialah RM 542.00.



Di dalam feri itu,kami dapat melihat pelbagai kapal-kapal besar dan negara Singapura.






Perjalanan mengambil masa selama 2 jam 30 minit.Pada pukul 12:00 tengah hari kami telah selamat sampai di Terminal Feri Tanjung Pinang.


Sebaik sahaja kami keluar dari pintu,kami telah diapit oleh pemandu pelancong di sana.Sementara menunggu saya berbincang dengan pemandu pelancong tersebut,anak-anak serta isteri saya telah makan di warung berdekatan.Cuaca di sana agak panas.Harga sewa bagi kenderaan yang dinaiki oleh kami ialah RM 120.00 manakala bagi pemandu pelancong ialah RM 48.00.Harga makanan ,minuman serta nasi bungkus ialah RM27.00.Setelah itu,kami terus pergi ke Comfort Hotel & Resort sekurang-kurangnya 10km dari terminal feri tersebut dengan menaiki kereta toyota unser yang dipandu oleh pemandu pelancong yang telah disewa oleh saya.Suasana hotel tersebut sangat tenang.Setelah berehat dan solat zohor, kami memulakan perjalanan ke makam Daeng Celak.
 


Setelah itu,kami pergi menziarahi pula makam Habib Ali Al-Aidid yang juga berdekatan dengan makam Daeng Celak.



 Seterusnya,kami sekeluarga menziarahi pula makam Daeng Marewah.







Di situ terdapat juga makam Tun Abbas Bendahara Seri Maharaja Johor.



 Setelah melawat kesemua makam-makam tersebut,kami pergi pula ke Pantai Trikora.Di sana terdapat kelong iaitu tempat penangkapan ikan bilis.Sambil menikmati keindahan pantai tersebut kami sempat minum air kelapa muda yang dijual disana.





Seterusnya kami berpatah balik untuk pulang ke hotel.Di persimpangan jalan kami mendapati bahawa terdapat banyak warung-warung kecil yang menjual sate.Saya berkesempatan membeli otak-otak sotong yang berharga RM4.50.Lalu kami pulang ke hotel untuk mandi,berehat dan solat

Pada malam hari disana,kami telah makan malam di Restoran Sungai Enam.Kami memilih untuk makan di luar kedai yang berhampiran dengan laut.Kami telah makan siput gonggong rebus,ketam bangkang,ikan kakap masak steam,sayur capcay,sotong goreng tepung dan minum jus alpukat(avocado).Jumlah harga bagi makan malam di Tanjung Pinang ialah RM206.91.Setelah kenyang,kami terus pulang ke hotel kerana kepenatan.



No comments:

Post a Comment