Pages

Friday, 31 May 2013

Kembara Jalanan Keluarga ke Kepulauan Kesultanan Melayu-Riau-Lingga-Batam

Hari Kedua dan Ketiga di Batam....(Sabtu dan Ahad-26&27.5.13)

Setelah selamat sampai di pelabuhan Tanjung Pinang,kami terus masuk kedalam feri untuk ke Punggur.Harga feri untuk ke Punggur bagi 6 orang ialah RM72.00.Perjalanan kesana mengambil masa selama 45 minit.Kami selamat sampai di pelabuhan Punggur pada jam 2.00 petang.

                   
Apabila keluar sahaja daripada pelabuhan tersebut kami terus dipelawa untuk menaiki teksi.Pemandu teksi tersebut telah membawa kami ke jambatan balerang yang sekurang-kurangnya 15 minit untuk ke sana.Setelah sampai di jambatan balerang,kami terus menunaikan solat zohor di masjid yang berdekatan dengan jambatan balerang yang kedua.Harga teksi tersebut ialah RM 63.00.

   
Sebelum ke jambatan balerang yang pertama kami telah singgah makan jagung bakar dan minum air kelapa muda.Harga bgi dua tongkol jagung serta 3 biji kelapa muda ialah RM 17.70.Di situ terdapat juga buah naga  ,kami membelinya dengan harga RM7.50 bagi 3 biji buah naga.













 Setelah itu,kami telah dihantar ke Hotel Golden Virgo yang berdekatan dengan Nagoya Hill.Setelah berhat,mandi serta solat asar kami terus ke Nagoya Hill untuk makan petang dan meninjau barangan yang dijual.Terdapat ramai orang yang berpusu-pusu masuk ke Nagoya Hill walaupun hari makin malap.Di tingkat atas kami telah makan di Restoran Bakso.Harga makanan yang dimakan oleh kami ialah RM 57.00.Di sana terdapat banyak beg yang dijual.






Apabila sudah solat maghrib di sana,kami terus pulang ke hotel.Di persimpangan jalan kami membeli nasi bungkus yang dijual di kedai yang berdekatan dengan Nagoya Hill.Harga bagi dua bungkus makanan tersebut ialah RM 7.20.Terdapat 3 buah hotel yang lain berdekatan dengan Nagoya Hill berbanding dengan hotel yang telah saya duduki.

Pada keesokan harinya,kami bersarapan di dalam hotel dan keluar pergi ke Nagoya Hill sekali lagi untuk mencari beg roda saya dan beg untuk anak perempuan saya.Saya telah meronda-ronda semua kedai beg akhirnya saya telah membeli beg roda dan beg anak saya yang kesemuanya berharga RM168.00.

Apabila hari sudah meninggi,kami terus pulang ke hotel mengemas barang untuk balik semula ke Pasir Gudang.Saya telah singgah makan di restoran bakso dan membeli makanan bungkus untuk dimakan di hotel.Harga makanan bakso,mie ayam serta mie ayam bakso dan 2 botol minuman  ialah RM 10.20.Manakala bagi makanan bungkus dan 2 bungkus jus alpukat ialah RM 27.90.

Kami menunggu di lobi hotel berkenaan sementara menunggu saya check out daripada hotel.


Setelah mendapat teksi untuk ke Batam Centre,kami terus menuju ke sana untuk membeli tiket ke Pasir Gudang.Kami telah mendpat tiket yang berharga RM 334.50 untuk 5 dewasa dan 1 kanak-kanak dan akan berlepas pada pukul 3.00 petang.Sementara menunggu feri kami berlepas kami telah pergi ke Batam Centre yang berdekkatan dengan Terminal Feri Batam.Di sana,terdapat sebuah jejantas di mana menghubungkan di antara Terminal Feri Batam dan Batam Centre.Jadi,kami tidak perlulah melintas jalan untuk ke seberang.

                                  
Di Batam Centre ,suasananya agak lengang berbanding dengan Nagoya Hill.Tidak ramai yang membeli belah disana.Kami singgah membeli makanan untuk bekalan di dalam feri.Setelah jam menginjak ke pukul 2.30 kami terus ke Terminal Feri Batam.Sementara mengunggu masuk ke dalam imigresen,anak-anak saya telah minum cendol dan  chocolate milkshake di kedai.Cendolnya tidak sama dengan cendol di negara kita.Harga minum di sana ialah RM 12.38.

Lalu,kami terus masuk ke dalam imigresen untuk memeriksa passport dan terus mauk kedalam feri.Perjalanan mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Pelabuhan Pasir Gudang.




Akhirnya kami selamat sampai di Pasir Gudang pada jam 5.00 petang.Kami telah dibawa pulang oleh abang saini dan isterinya.










Thursday, 30 May 2013

Kembara Jalanan keluarga ke Kepulauan Kesultanan Melayu-Riau-Lingga-Pulau Penyengat

Hari Kedua di Pulau Penyengat...(Ahad-26.5.13)

  Keesokan harinya,pada jam 10 pagi selepas check out  dari hotel kami terus menuju ke jeti Pulau Penyengat .Tidak berapa lama kemudian,kami menaiki bot setelah membayar RM 45.00 untuk 7 orang yang menaikinya.







 Setelah 15 minit berada didalam bot akhirnya kami sampai ke pelabuhan Pulau Penyengat.Jalan disana dikhaskan untuk motoikal sahaja.



Kami terus pergi ke Masjid Raya Sultan Riau yang berdekatan dengan pelabuhan Pulau Penyengat.Uniknya masjid ini ialah ianya diperbuat daripada putih telur pada zaman dahulu.Semasa disana,terdapat ramai orang yang berada didalam masjid tersebut.







Setelah menunaikan solat dhuha dua rakaat di majid itu,kami terus menaiki beca yang telah disediakan disana untuk menziarahi makam-makam yang terdapat di pulau ini.Bayaran untuk dua buah beca ialah RM15.00.

                       

                     

                               
Pertama sekali,kami pergi menziarahi makam Raja Hamidah,Raja Ali Haji,Raja Ahmad,Raja Abdullah Yang Dipertuan Muda Riau Lingga IX,Raja Aishah serta kaum kerabatnya.

















                           
Seterusnya kami pergi pula ke makam Raja Ali dan Raja Jaafar dengan menaiki beca yang sama.







 Setelah itu,kami pergi ke Balai Adat yang terletak di hadapan jeti lama Pulau Penyengat.





 Seterusnya kami meniki beca untuk ke tempat penyimpanan meriam dan makam Yang Dipertuan Muda Riau VII Raja Abdul Rahman serta kerabatnya.











 Setelah kesemua makam kami lawati dan hendak pulang semula ke Tanjung Pinang,kami singgah makan di warung yang berdekatan dengan pelabuhan Pulau Penyengat.




Harga makan tengah hari disana bagi keluarga saya ialah RM96.00 Setelah itu kami terus menaiki bot pulang semula ke Tanjung Pinang untuk menaiki feri terus ke Punggur,Batam.Semasa pulang,laut bergelora kerana cuaca hendak hujan.Tetapi,kami cepat sampai dengan selamat di pelabuhan Tanjung Pinang sebelum hujan.