Minggu lalu pada 6 hb july saya telah berkesempatan untuk pulang ke kampung di Kg Bukit Tembok ,Pasir Panjang ,Port Dickson dengan tujuan membawa anak-anak untuk menziarahi kubur kedua orang tua sempena kedatangan bulan ramadhan yang mulia ini.Sesungguhnya amalan ini adalah untuk melahirkan rasa kesyukuran kerana di panjang kan umur sehingga kini.
Rumah peninggalan kedua orang tua ini di anggarkan berusia 40 tahun kini telah di duduki oleh salah seorang dari ahli keluarga kami.Di rumah ini lah kami di lahir dan di besarkan yang pada asalnya dahulu kami pernah merasakan rumah yang berdinding buluh serta beratapkan daun nipah dan daun rumbia,
Apa yang mengharukan saya di rumah ini adalah disini juga kedua orang tua membesarkan 13 orang anak dengan memberikan pendidikan hampir semuanya mendapatkan pendidikan hingga sekolah menengah walaupun kedua orang tua bekerja sebagai buruh.Di dalam soal kehidupan mereka falsafah anak di dahulukan ,pendidikan di utamakan menjadikan teras kehidupan demi kejayaan anak di masa hadapan.
Sesungguh nya dengan pendidikan yang kita terima hari ini telah merubah kehidupan dan nasib keluarga dan sekiranya kita tidak di berikan pendidikan yang sempurna mugkinkah kita mengulangi profesion yang di warisi oleh kedua-dua orang tua kita,
Sekarang ini harta peninggalan tanah dan rumah telah di tukar hak milik kepada semua 10 orang adik beradik kami yang tinggal ini dan sekurang kurang nya anak mereka masih mendakwa ayah dan ibu mereka mempunyai kepentingan terhadap harta tersebut.Selain daripada itu ini lah salah satu cara supaya persaudaraan kami tidak putus dan berpanjangan.
No comments:
Post a Comment