Pages

Sunday, 21 July 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MENTERI BESAR JOHOR

20 HB JULY 2013
MAJLIS BERBUKA PUASA DI MASJID TAMAN CENDANA

Seramai 103 fakir miskin dan ibu tunggal menerima bantuan dan selepas itu ke surau nurul iman untuk bersama penduduk untuk mengerjakan solat terawih.Penduduk memohon peruntukan untuk membaiki tandas,

21 HB JULY 2013
MAJLIS BERBUKA PUASA DI MASJID ARRAHMAN DI TAMAN MOLEK




Seramai 160 orang penduduk telah menerima bantuan fakir miskin dan ibu tunggal bagi penduduk di kawasan taman molek dan pandan.Penduduk telah memohon peruntukan bagi membaiki bumbung yang bocor .Setelah itu bersembahyang terawih di surau rumah flat ros merah dan menikmati moreh di surau al kauthar di taman rinting jalan cendana.


Thursday, 18 July 2013

HELIKOPTER MAINAN DI KAWASAN REKREASI TASIK PERDANA TAMAN BUKIT DAHLIA

19 HB JULY 2013



Setelah pulang dari menghantar anak ke sekolah Nurkhalisah (tahun 5 ) dan Shohibul Syahmi (tahun 3 ) saya telah singgah di kawasan rekreasi tasek perdana untuk melihat helikopter mainan yang di mainkan oleh seorang penduduk di taman bersebelahan .Teruja dengan permainan tersebut saya telah betanya serba sedikit maklumat seperti berikut :
  1. ada yang menggunakan bateri dan ada juga menggunakan tenaga petrol.
  2. yang menggunakan bateri cume boleh di gunakan untuk tempoh 5 minit sahaja.
  3. kalau di kira secara keseluruhan kos nya minima adalah 5000k ke 7000 ringgit.
  4. guna bateri lebih mudah,tidak kotor,engine mudh di hidupkan dan lebih kuasa,
Pemerhatian,
Permainan ini boleh di mainkan sesuai dengan zaman di mana penguasaan teknologi terbaru dapat di kuasai oleh kita tetapi cuma masallah kos serta perlukan kawasan lapang dan fokus yang betul kerana di samping kos yang mahal sekiranya nya jatuh nungkin tidak berbaloi.

Sunday, 14 July 2013

MAJLIS SUMBANGAN MASJID DAN SURAU DALAM PARLIMEN PASIR GUDANG TAHUN 2013

AKTIVITI PAGI 13 HB JULY 2013



Bersama sama hadir meraikan sumbangan untuk masjid dan surau di dalam parlimen pasir gudang oleh YAB MB JOHOR Datuk Seri Hj Mohd Khaled B Nordin di Masjid Al Azim Permas Jaya.
Jumlah masjid sebanyak 22 buah manakala surau sebanyak 72 buah yang menjadi amalan datuk semenjak berkhdmat untuk rakyat di kawasan Pasir Gudang.Tahun ini untuk masjid sumbangan RM 1500.00 manakala surau sebanyak RM 750.00 untuk di buat more atau bubur lambuk.

AKTIVITI BERBUKA PUASA-DI MASJID KG PLENTONG BARU

Kelihatan jemaah menikmati hidangan berbuka puasa selepas solat maghrib

SINGGAH SEMBAHYANG ZUHUR DI MASJID BARU KG MURNI JAYA LAYANG-LAYANG

Selepas ke kebun menemui pekerja saya telah singgah untuk sembayang zuhur di masjid baru kg murni jaya .Masjidyang telah mula di gunakan untuk sembahyang jumaat ini pada 5 hb july 2013 di anggarkan bernilai 2 juta di bina di tanah wakaf oleh sorang penduduk di kampung itu.Masjid ini di bina setelah mendapat peruntukan dari kerjaan persekutuan sempena lawatan YAB Timbalan Perdana Menteri ke Kampung ini.
Setelah saya meninjau dari dalam di dapati ruang untuk jemaah wanita bersolat adalah di tingkat atas manakala ruang bawah untuk jemaah lelaki manakala terdapat ruang verandah yang luas untuk kegunaan jemaah berbual atau berbincang selepas solat.Pasti yang untung penduduk kampung mendapat manfaat pada tahun 2013 ini bersembahyang terawih serta bersolat hariraya di masjid yang baru,

Friday, 12 July 2013

BERBUKA PUASA BERSAMA MB JOHOR DATUK SERI HJ MOHD KHALED NORDIN DI PONDOROSA GOLF CLUB DI TAMAN MOLEK

 Pada 12 hb July 2013 saya telah berkesempatan unuk memenuhi jemputan untuk nerbuka puasa bersama YB Datuk Seri Hj Mohd khaled bin Nordin menteri besar johor yang baru di Pondorosa golf club,Amalan ini telah di adakan hampir setiap tahun ia itu pada tahun 2004 ia itu semenjak beliau menjadi ahli parlimen pasir gudang.

Wednesday, 10 July 2013

RUMAH PENINGGALAN ORANG TUA...KG BUKIT TEMBOK ,PASIR PANJANG ,PORT DICKSON.NEGERI SEMBILAN.

Minggu lalu pada 6 hb july saya telah berkesempatan untuk pulang ke kampung di Kg Bukit Tembok ,Pasir Panjang ,Port Dickson dengan tujuan membawa anak-anak untuk menziarahi kubur kedua orang tua sempena kedatangan bulan ramadhan yang mulia ini.Sesungguhnya amalan ini adalah untuk melahirkan rasa kesyukuran kerana di panjang kan umur sehingga kini.
Rumah peninggalan kedua orang tua ini di anggarkan berusia 40 tahun kini telah di duduki oleh salah seorang dari ahli keluarga kami.Di rumah ini lah kami di lahir dan di besarkan yang pada asalnya dahulu kami pernah merasakan rumah yang berdinding buluh serta beratapkan daun nipah dan daun rumbia,
Apa yang mengharukan saya di rumah ini adalah disini juga kedua orang tua membesarkan 13 orang anak dengan memberikan pendidikan hampir semuanya mendapatkan pendidikan hingga sekolah menengah walaupun kedua orang tua bekerja sebagai buruh.Di dalam soal kehidupan mereka falsafah anak di dahulukan ,pendidikan di utamakan menjadikan teras kehidupan demi kejayaan anak di masa hadapan.
Sesungguh nya  dengan pendidikan yang kita terima hari ini telah merubah kehidupan dan nasib keluarga dan sekiranya kita tidak di berikan pendidikan yang sempurna mugkinkah kita mengulangi profesion yang di warisi oleh kedua-dua orang tua kita,
Sekarang ini harta peninggalan tanah dan rumah telah di tukar hak milik kepada semua 10 orang adik beradik kami yang tinggal ini dan sekurang kurang nya anak mereka masih mendakwa ayah dan ibu mereka mempunyai kepentingan terhadap harta tersebut.Selain daripada itu ini lah salah satu cara supaya persaudaraan kami tidak putus dan berpanjangan.

Tuesday, 9 July 2013

MAJLIS BACAAN YASSIN,TAHLIL DAN CERAMAH AGAMA SEMPENA SAMBUTAN RAMADHAN DI JALAN SEJAMBAK,TAMAN BUKIT DAHLIA ANJURAN PERSATUAN KEJIRANAN PENDUDUK JALAN SEJAMBAK PADA 5 JULAI 2013




Pada 5 hb July 2013  yang lepas Persatuan kejiranan penduduk di Jalan sejambak Taman Bukit Dahlia telah mengadakan majlis tahlil ,yasin dan ceramah ramadhan di kawasan taman permainan kanak kanak.Sebagai penduduk yang telah tinggal bermula dari bulan November 2009 serta telah di lantik sebagai jawatankuasa bagi Persatuan ini saya telah hadir bagi menimarahkan lagi majlis tersebut.
Jawatankuasa penduduk telah menjemput penceramah dari Jambi ia itu Sheikh Ismail untuk memberikan syarahannya yang penuh dengan kelebihan bulan rejab,syaaban dan bulan ramadha.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KULAI 2013 (KALI KE 26 ) PADA 27 JUN 2013


Pada27 hb june 2023 saya telah menghadiri mesyuarat tahunan Pertubuhan peladang Kulai kalike 36 di dewan peladang kulai.Mesyuarat ini telah di rasmikan pleh YB Ali Mazat ia itu adun bagi kawasan bukit permai dan di hadiri oleh perwakilan dari 10 unit di dalam kawasan Kulai.Antara unit tersebut seperti Kg Murni Jaya ,Kg Sg Besoi,Kg Bukit Batu,k\Kg Air Manis,Kg Rahmat,Kg Sri Paya,Kg Bukit Batu Dalam,Kg Seelong Selatan,Kg Gunung Pulai dan k\Kg Sedenak.
Saya mewakli dari unit Kg Sungai Besoi dan ini adalah kali ketiga menghadiri mesyuarat tahunan .Antara aktiviti PPK ini adalah aktiviti membeli buah kelapa sawit,penjualan bahan input pertanian dan juga pemberian kredit kepada peladang yang telah menjadi ahli dengan PPK .

PERASMIAN UNTUK PESAKIT KANAK-KANAK ISTIMEWA OLEH DULI YANG MAHA MULIA RAJA ZARITH SOFIA BINTI ALMAHRHUM SULTAN IDRIS SHAH PADA 9 JULAI 2013 DI HOSPITAL SULTAN ISMAIL,JOHOR BAHRU







MELAWAT ANAK PEREMPUAN DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU BANGI DAN MAKAN TENGAHARI DI WARTA BANGI





MENZIARAHI KUBUR BAPA,EMAK,ABANG SERTA ADIK DI KG BUKIT TEMBOK,PASIR PANJANG,PORT DICKSON,NEGERI SEMBILAN



Allahyarham Mispan Bin Mustamin(bapa) telah meninggal ketika usia 87 tahun pada Disember 1997.

Allahyarhamah Hajah Mahani Binti Mohd Nor(emak) telah meninggal ketika usia 80 tahun pada 6 Mei 2008.  

Allahyarham Haji Salleh Bin Mispan (abang) telah meninggal ketika usia 59 tahun pada 12 Februari 2009.

Allahyarham Mukmin Bin Mispan(adik) telah meninggal ketika usia 37 tahun pada 4 Januari 2002.


Allahyarhamah Nashijah Binti Mispan(adik) telah meninggal ketika usia 22 tahun pada 13 Julai 1994.