Pada hari ini, 28.11.2012,saya sekeluarga telah pergi ke Kukup dan Taman Negara Tanjung Piai.
Kami mengambil jalan dari Pasir Gudang ke Kukup,Pontian dengan melalui jalan Johor Bahru-Nusajaya.
Setelah itu,kami melalui lebuhraya Gelang Patah.
Semasa perjalanan,saya singgah ke gerai makan untuk makan tengahari bersama keluarga.
Seterusnya,saya meneruskan perjalanan sehingga selamat sampai di Kukup,Pontian.
|
Di Terminal Feri Kukup,Pontian.
Setelah itu,kami menyambung semula perjalanan ke Taman Negara Tanjung Piai,Pontian,Johor.
Semasa perjalanan,kami disajikan dengan rumah-rumah kampung yang menarik serta gerai yang menjual buah-buahan seperti rambutan dan durian.
Selesai sahaja membeli tiket,kami memasuki ke dalam Taman Negara Tanjung Piai,Pontian.
Di sana kami perlu berjalan kaki sejauh 534 meter untuk samapai ke Penghujung Selatan Tanah Besar Asia.Sepanjang perjalanan,terdapat pelbagai jenis tumbuhan seperti
Tidak dilupakan juga dengan pelbagai haiwan seperti siput mata merah,ketam san macam-macam lagi.
Kami juga mengambil beberapa gambar.
Hanya tinggal beberapa langkah untuk menghampiri Penghujung Selatan Tanah Besar Asia.
Akhirnya kami sampai.
Setelah itu kami berpatah balik untuk pulang.
|